Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penganjur AKM Kena Kompaun...

PUTRAJAYA : Penganjur Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Pusat Konvensyen...

Kereta Mewah Rasmi APEC,...

PORT MORESBY - Jika sebelum ini kerajaan Papua New Guinea dikecam selepas dikatakan...

Lebih 1,000 Pimpinan, Ahli...

Lebih 1,000 pimpinan dan ahli Bersatu Bahagian Jeli mengumumkan keluar daripada parti tersebut...

Jenazah 4 Mangsa Kebakaran...

SERDANG - Mayat empat mangsa kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di...

Pokok Tumbang, Pusat Media Bergelap Di P. Kubor

TUMPAT (Kelantan) – Ekoran hujan lebat yang turun petang ini di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor sebatang pokok dilaporkan tumbang dan menghalang laluan utama ke pekan Tumpat dari Pengkalan Kubor.

Daripada maklumat yang diperolehi dari rakan media di dalam kumpulan aplikasi Whatsapp ‘Pusat Media PRK Pengkalan Kubor’ lokasi pokok tumbang berkenaan ialah berhampiran rumah UMNO Kota Bharu dalam kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pengkalan Kubor.

Menurut makluman segera dari Pusat Media Jabatan Penerangan, kepada mereka yang ingin menghala ke pekan Tumpat, kenderaan boleh menggunakan laluan alternatif untuk ke sana berikutan keadaan pokok berkenaan yang menghalang jalan raya.

Daripada gambar yang diperolehi, beberapa buah kereta dilihat terhalang laluan mereka kerana pokok berkenaan tumbang di jalan raya utama.

Bagaimanapun, dipercayai tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporan setakat ini.

Sementara itu, kerana hujan lebat dan guruh Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Hospital Tumpat terputus bekalan elektrik dan para wartawan melakukan tugas menulis berita dalam keadaan bergelap.

IMG_20140917_182007_1786802810 


Bagaimanapun, pusat media PRK DUN Pengkalan Kubor dibekalkan dengan janakuasa elektrik tambahan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan keadaan sudah pun kembali pulih seperti sediakala.

Semenjak hari penamaan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor di Tumpat, Kelantan hujan lebat kerap turun dalam tempoh lama di kawasan PRK.

Hari mengundi bagi PRK berkenaan telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 25 September ini.

Dalam kalangan warga media, ada juga kebimbangan bahawa jika berlakunya banjir di sekitar kawasan Tumpat yang cukup dikenali sebagai kawasan kerap berlakunya banjir. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori