SUSULAN dakwaan pelakon Den Wahab yang mengatakan ND Lala belum menyelesaikan hutangnya sebanyak RM15,000 yang dipinjam sejak 14 tahun lalu, bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu meminta agar Den membuat laporan polis.
(BACA: Den Wahab Tidak Halalkan RM15,000 Dipinjam ND Lala)
Menganggap ia sebagai fitnah, dia turut meminta Den, wartawan Kak Pora dan sesiapa sahaja supaya berdepan dengannya, memetik Gua.com.
“Saya sudah jawab persoalan ini kepada rakan media pada bulan Mac tahun lalu. Saya sudah jawab, saya siap rakamkan lagi, tetapi ianya tidak dikeluarkan oleh pihak media. Saya tak tahu mengapa tidak dikeluarkan,” kata ND sewaktu sidang media bagi menjawab konflik yang tercetus antara Shila dan media berbahasa Melayu.
Sebelum ini, Den berkata duit itu dipinjam oleh ND Lala bagi merakamkan lagu untuk sebuah parti politik.
Namun, penyanyi itu dikatakan tidak menghubunginya selepas itu, sebaliknya cuba melarikan diri apabila bertemu di majlis hiburan.
Tak tahulah kami siapa yang betul dan siapa yang salah.
Apapun, ia pasti menambah rencah dalam kemelut yang melanda Shila susulan sidang media yang dikatakan tidak berjaya menjernihkan hubungan dengan pihak media…
(BACA: Hebat!! Shila Amzah Tak Kisah Diboikot Media Melayu Katanya..)
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC