Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Najib Mohon Periksa Pegawai...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak memohon untuk memeriksa lima pegawai Lembaga...

Lelaki Uganda Miliki Dadah...

PETALING JAYA — Seorang lelaki warganegara Uganda dipenjara lapan tahun dan 10 sebatan...

Tindakan Tegas Terhadap Doktor...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan memandang serius isu lima doktor yang didakwa menyalahguna...

Gaya Ranggi KJ.. Sambut...

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sekali lagi mencetus havoc di laman sosial, kali...

IKRAM Minta Azmin Adil Kepada Penyokong Parti Lain

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengingatkan Menteri Besar Selangor yang baharu dilantik, Mohamed Azmin Ali bahawa beliau adalah Menteri Besar untuk semua pihak di Selangor.

Presidennya, Dr. Mohd. Parid Sheikh Ahmad berkata, Mohamed Azmin juga merupakan Menteri Besar untuk seluruh rakyat Selangor tanpa mengira kefahaman politik, agama atau kumpulan etnik.

“IKRAM berharap Mohamed Azmini akan melaksanakan amanah dengan jujur, adil, berprinsip, bijaksana, bersyura dan penuh bertanggungjawab terutama dalam mengurus dan mentadbir negeri Selangor yang kaya, menaungi pelbagai kumpulan etnik dan agama serta pelbagai taraf kemajuan rakyat dan daerah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Parid turut melahirkan rasa syukur dengan penyelesaian kemelut jawatan Menteri Besar Selangor selepas Mohamed Azmin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu dihadapan Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kerana sanggup menarik diri daripada pencalonan sebagai Menteri Besar Selangor bagi menyelesaikan kemelut itu.


Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan parti-parti politik lain supaya menyelesaikan masalah dalaman mereka dengan bijaksana tanpa menjejaskan khidmat kepada rakyat agar perkara sama tidak berulang. – mynewshub.cc

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori