Masalah ketagihan dadah tidak mengenal pangkat, darjat ataupun warna kulit. Lebih mengejutkan, terdapat segelintir pekerja kolar biru yang turut terlibat dalam kancah penagihan meskipun mempunyai kerjaya yang stabil.
Tidak dapat dinafikan, masalah ini sudah tentu memberikan impak yang hebat kepada ahli keluarga pelakunya. Bukan itu sahaja, malah kesihatan mental dan fizikal serta kewangan peribadi turut menjadi korban semata-mata kerana dadah.
( Ini pun menarik – Abby Buat Kejutan Majlis Rai Hari Jadi Kekasih Barunya? – KLIK)
Antara jenis dadah yang menjadi pilihan utama penagih termasuklah syabu atau digelar ‘crystal meth’, ganja, heroin dan pil khayal.
Menerusi laman web Rehabs.com,beberapa keping gambar ‘sebelum dan selepas’ penagih dadah jenis syabu disiarkan bagi meningkatkan kesedaran kepada umum mengenai kesan sampingan penagihan bahan terlarang itu.
Efek penyalahgunaan narkotik kepada pengguna tegarnya adalah amat dahsyat dan menakutkan. Namun, melihat keadaan penagih-penagih ini, timbul rasa sayu kerana jelas mereka perlukan bantuan masyarakat untuk memulihkan kebergantungan terhadap dadah.
Hampir kesemua mereka mengalami perubahan fizikal yang drastik serta lain-lain masalah kesihatan seperti kancing gigi, halusinasi, penurunan berat badan mendadak dan kerengsaan kulit kritikal.
Syabu mengakibatkan penggunanya berada di dalam dimensi sendiri dan merasakan sensasi seakan-akan ‘ulat kecil’ menjalar di dalam lapisan kulit, membuatkan penagih mencakar muka mereka bagi menghalau ulat-ulat halimunan itu.
Imej-imej menginsafkan di bawah adalah untuk memberi pedoman dan iktibar kepada masyarakat agar jangan sekali-kali melibatkan diri dalam jenayah ini.
mynewshub.cc
Oleh Sara Khalid