Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Buru Dalang Sebenar Kegiatan...

MIRI - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia...

Tidak Pertahan Jawatan Tiada...

IPOH - Keputusan tidak mempertahankan jawatan naib presiden tiada kena mengena dengan penarikan...

Iklan Raya TNB #LepasTu...

APABILA tiba di pertengahan Ramadan, seperti biasa syarikat-syarikat korporat di Malaysia akan berlumba-lumba...

Lokman Dakwa Individu Dalam...

KUALA LUMPUR - Laporan forensik dari Indonesia mengesahkan individu di dalam video intim...

Kelakar – Kenderaan Terbabas Bila Bulu Ketiak Pemandu Dibakar!

BOISE, Idaho (AP) — Sebuah kenderaan jenis SUV yang dipenuhi remaja terbabas di Idaho apabila bulu ketiak pemandu kenderaan terbabit dibakar menggunakan pemetik api oleh salah seorang penumpang!

Dalam kejadian yang berlaku pada hari Ahad minggu lalu, 5 remaja dalam kenderaan tersebut cedera dan terpaksa menerima rawatan perubatan, menurut Pejabat Sherif Daerah Ada.

Dua mangsa yang berumur 15 dan 16 tahun tercampak keluar akibat kejadian itu tetapi tidak ada sesiapa pun yang berhadapan dengan kecederaan yang mampu mendatangkan kematian.

Jabatan berkata, kejadian berlaku apabila seorang remaja berusia 16 tahun yang duduk di kerusi hadapan bergurau dengan membakar bulu ketiak pemandu SUV itu, Tristian Myers ketika Myers sedang memandu.

tristan


(GAMBAR: Tristian Myers)

Kejadian terbabas itu berlaku pukul 5.30 pagi di Tenggara Boise.

Pihak berkuasa tempatan berkata, tidak ada seorang pun remaja berkenaan memakai tali pinggang keledar dan wujud bukti Myers memandu terlalu laju dan disebabkan itu, dia bakal didakwa di mahkamah. MYNEWSHUB.CC

armpit 2

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori