Apa agaknya yang membuatkan ayam jantan dalam klip di bawah begitu sekali marah dengan anjing putih berkenaan?
Itulah yang penulis duk fikir.
Pasal kalau dilihat kepada klip 1 minit 34 saat itu, ayam berkenaan tidak sekali pun berundur dalam pergaduhan dengan anjing berkenaan.
Dikejarnya serata tempat.
Ini definasi baru erti keberanian sebenarnya. Punyalah marah… sampai saiz lawan sudah tidak memberikan apa makna pun.
Rasnya kalau ada pisau… mahu ditikam tikamnya anjing tu silap hari.
Dalam dunia manusia, macam ini punya marah biasanya libatkan dendam kesumat atau kes kacau bini orang.
Jadi… apakah ada kemungkinan anjing ni pun sudah bikin onar…
Ayam tu ajelah yang tahu kot… apa pun… ini memang antara ayam jantan paling berani kat dunia.