Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pilih Universiti Awam Untuk...

KOTA KINABALU - Pengerusi Penganjur Persidangan Mesyuarat Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (Universiti Awam)...

Kecoh MB Johor Selalu...

BELUM pun reda dengan kontroversi mengenai isteri-isteri Datuk Osman Sapian menjadi perasmi program...

Bekas Gabenor BNM Tak...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat kerugian urus niaga mata wang...

MB, Bekas MB Johor...

KUALA LUMPUR - Nama Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal dan bekas...

iPhone 6 Mudah Bengkok, Pengguna Merungut…

Tidak sampai seminggu dilancarkan di pasaran, beberapa pengguna iPhone 6 Plus mula merungut mendakwa peranti milik mereka itu mudah bengkok selepas diletakkan di dalam poket seluar mereka.

Menurut laporan MacRumors, iPhone 6 Plus, salah seorang daripada pengguna telefon bimbit itu berkata ia bengkok selepas beliau membawa telefon itu seharian di dalam poketnya.

“Saya meninggalkan rumah pada pukul 10 pagi dengan iPhone saya di poket depan seluar sebelah kiri. Saya memandu empat jam ke sebuah majlis perkahwinan, di mana saya duduk lama dan menari untuk dua ke tiga jam. Kemudiannya meninggalkan majlis itu pada pukul 2 petang dan memandu pulang selama empat jam lagi.

“Secara keseluruhan, iPhone 6 Plus itu berada selama 18 jam di dalam poket saya, di mana dalam tempoh itu kebanyakkan masa saya habiskan dengan duduk. Semasa saya meletakkannya di atas meja, saya terlihat imbasan iPhone itu di cermin yang ia (kelihatan) sedikit bengkok,” kata pengguna itu.

iphone6 bent


Laporan itu turut berkata untuk mengelakkan peralatan itu daripada bengkok, pengguna digalakkan mengeluarkannya dari poket sebelum duduk atau membongkok.

Namun, jika anda adalah peminat tegar iPhone, adakah kelemahan ini menggugat niat anda untuk memilikinya? Mungkin tidakkan? :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: KAKAK KAWASAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori