Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Clinton Mengaku Kalah, Trump...

WASHINGTON DC - Ibarat senario Brexit melanda Britain apabila 'keluar' daripada Kesatuan Eropah...

Parti Boleh Saman, Tuntut...

TUNTUT... Parti yang tidak berpuas hati dengan tindakan ahli parlimen atau Ahli Dewan...

Agong: Tangani Segera Krisis...

Krisis sekuriti makanan perlu ditangani segera terutama dalam keadaan dunia yang menghadapi pelbagai...

Kerajaan PN Prihatin, Tak...

BELURAN - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah sebuah kerajaan prihatin yang memikirkan masalah...

Hari Ini Bukan Milik Saya, Kata Iskandar

INCHEON – Atlet lompat bergalah negara Iskandar Alwi gagal membuat lompatan terbaik dan hanya terpaksa berpuas hati di tempat ke-8 pada aksi final Sukan Asia ke-17 yang berlangsung di Incheon Asiad Main Stadium hari ini.

Atlet kelahiran Johor Baharu ini bagaimanapun berjaya memperbaiki lompatannya setinggi 5.00 meter pada Sukan Komanwel di Glasgow Ogos lalu, dengan melakukan lompatan setinggi 5.10 meter.

Pingat emas menjadi milik Xue Changrui dari China dengan lompatan setinggi 5.55 meter bersamaan dengan lompatan pemenang pingat perak Sawand Daichi dari Jepun.

Penentuan pingat emas dan perak ditentukan berdasarkan jumlah lompatan.

Pingat gangsa pula menjadi milik atlet Korea Selatan, In Minsub yang membuat lompatan setinggi 5.45 meter.


Iskandar, 20, menafikan faktor hujan menjejaskan tumpuanya.

“Hari ini bukan milik saya dan saya tidak tahu nak cakap apa lagi, walaupun saya telah berusaha secara bersungguh-sungguh,” katanya.

Pemilik rekod kebangsaan ini dengan catatan 5.15 meter yang dibuat pada Sukan Malaysia di Perlis Mei lalu berkata beliau tidak merasa takut atau gugup bila beraksi dengan atlet hadalan dunia lain.

“Saya akan berehat seketika selepas ini dan akan meneruskan tumpuan kepada latihan bagi memperbaiki kelemahan untuk persiapan kejohanan tahun depan.” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori