Duchess of Cambridge Kate Middleton telah diumumkan oleh pihak Istana Kensington bahawa isteri Putera William itu mengandung lagi.
Kate, 32, dijangkakan akan menyambut ketibaan cahaya mata kedua mereka tahun depan.
Pasangan diraja itu, telah lama merancang untuk menambahkan lagi bilangan ahli keluarga mereka dan pengumuman itu hadir belum usia anak pertama mereka berusia 14 bulan.
Seperti cahaya mata pertama, Kate turut mengalami ‘alahan mengandung’ dikenali sebagai Hypermesis Gravidarum.
Oleh itu, menurut Istana Kensington Kate tidak akan lagi mengiringi Putera William dalam tugasannya di Oxford hari ini.
Kate bagaimanapun tidak dimasukkan ke hospital, beberapa orang doktor di Istana Kensington. – MYNEWSHUB
Oleh : IBNU K