Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Menteri Tak Jawab Soalan...

KUALA LUMPUR - Takiyuddin Hassan membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui...

Muntah Keluar Benang, Aweera...

MENGAKUI sering demam dan batuk sejak 3 bulan lalu, Aweera tidak menyangka sakit...

Abdul Khalid Mohon Batal...

SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memfailkan...

Local Handmade: Hasil Tangan...

DIMANA ada kemahuan disitu ada jalan. Awalnya beg kulit dibuat hanya untuk kegunaan sendiri...

Jangan Buat Spekulasi Siasatan Ahli Politik Sabah

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman meminta semua pihak supaya tidak membuat spekulasi berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas seorang Ketua Umno Bahagian di Sabah.

Katanya untuk berlaku adil kepada individu berkenaan, sebarang spekulasi atau anggapan bahawa individu itu bersalah perlu dielak kerana perkara itu masih dalam siasatan.

“Saya tidak mempunyai butiran lanjut berkenaan kes ini yang sedang dalam siasatan SPRM.

“Kita adalah kerajaan yang telus dan tiada apa yang perlu disembunyikan,” kata Musa yang juga Ketua Perhubungan Umno Sabah dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


Sebelum ini sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan bahawa seorang Ketua Umno Bahagian di Sabah sedang disiasat oleh SPRM berhubung penyalahgunaan kuasa melibatkan wang berjumlah RM300 juta.

Justeru kata Musa, biarlah SPRM menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori