Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kelantan Belum Terima Sebarang...

KOTA BHARU - Kerajaan Persekutuan masih belum menjelaskan sebarang bayaran royalti minyak kepada...

Pemuda Bunuh Bapa Sendiri...

BELAGA - Polis menahan seorang pemuda berusia 26 tahun pada 11 pagi semalam...

TPPA Buka Peluang Lebih...

PASIR MAS - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan membuka peluang lebih besar kepada...

Ibu Anjur Game Bogel,...

SEORANG wanita yang membenarkan anaknya membuat majlis bersama-sama rakannya di rumah telah ditahan atas...

Jangan Terlibat Kumpulan Militan, Jejaskan Imej Malaysia

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat Malaysia agar jangan terlibat kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) kerana boleh menjejaskan imej Malaysia sehingga dianggap sebagai sarang melatih pengganas.

Beliau berkata pergolakan di Iraq dan Syria merupakan masalah dalaman negara terbabit dan rakyat Malaysia tidak harus campur tangan dalam hal ehwal negara lain.

“Walaupun kita bersimpati dengan apa yang berlaku (di negara bergolak), kita boleh terlibat dengan memberi bantuan kemanusiaan dan bukan terlibat untuk menyokong atau menentang mana-mana pihak. Ini harus dijadikan asas.

“Jika sesuatu berlaku, ia akan memberi imej kepada masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia adalah sarang untuk melatih pengganas. Kalau ada terbunuh dan tercedera, akhirnya mereka juga merujuk kepada kerajaan Malaysia untuk menguruskan segala-galanya,” katanya dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya tentang faktor yang mendorong 40 rakyat Malaysia, termasuk lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dikatakan menyertai kumpulan militan ISIS.

“Saya tidak mempunyai sebarang maklumat (berhubung penglibatan mereka). Pada hemah saya, jangan fikir penglibatan mereka (dalam ISIS) sebagai pejuang jihad,” katanya.

Ahmad Zahid berkata rakyat Malaysia perlu berpegang kepada konsep kesederhanaan atau wasatiyyah agar “jangan terlalu ke kanan atau kiri”.

“Kita harus patuh kepada hukum Islam agar tidak melakukan perkara ekstrem.

Jihad tidak semestinya ke medan peperangan atau campur tangan dalam hal ehwal negara lain. Yang penting adalah jihad pada diri dan ia harus menjadi pegangan pada semua,” katanya.


Wisma Putra sebelum ini menyatakan bahawa kerajaan Malaysia menganggap ISIS sebagai pertubuhan pengganas dan tidak merestui sebarang aktivitinya.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata Kesatria Muda Keselamatan di 222 kawasan Parlimen seluruh negara akan dilancarkan pada November tahun ini.

Beliau berkata Kesatria Muda Keselamatan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966, bertujuan untuk memupuk golongan muda seawal 16 tahun bagi memiliki jiwa patriotik dan minda keselamatan.

“Skuad muda ini akan melibatkan diri dalam rondaan mencegah jenayah bersama Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis selain terlibat dalam aktiviti-aktiviti komuniti, kebudayaan, sukan dan latihan kemahiran. Saya berharap skuad muda ini dapat membantu menurunkan kadar jenayah dalam negara,” kata Ahmad Zahid.

Beliau juga menyarankan semua agensi bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN)berusaha mengurangkan persepsi negatif masyarakat terhadap kementerian.

Katanya ini kerana kajian yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Universiti Tenaga Nasional (Uniten) terhadap 25,000 responden mendapati 30 peratus daripada responden merasa tidak selamat kerana ramainya pendatang asing dan diikuti tiada lampu jalan (20 peratus), tiada rondaan polis (15 peratus), kawasan sering berlaku jenazah (15 peratus), ancaman kongsi gelap (sembilan peratus) dan kumpulan penagih dadah (tujuh peratus).

Beliau berkata kajian Indeks Persepsi Keselamatan NKRA bagi tahun 2013 itumendapati kira-kira 47 peratus rakyat Malaysia merasa diri mereka selamat.

“Keputusan ini (hasil kajian) menunjukkan perlunya usaha di luar kebiasaan KDN dalam memberi jaminan keselamatan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori