Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Patung Di Istana Bogor...

JAKARTA — Kunjungan julung kali Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz al-Saud...

Rakyat Teruja PM Turun...

KUALA LUMPUR - Meskipun hari ini merupakan hari cuti, Perdana Menteri sempat turun...

PKPB Di Kota Kinabalu,...

KUALA LUMPUR - Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan...

Pesawat PBB Pindahkan Pemberontak...

RIYADH - Tentera pakatan Teluk diketuai Arab Saudi berkata pesawat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

Jenazah Dua Beradik Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad

KUCHING – Jenazah dua beradik, Muhammad Afzal Tambi, 17, dan adiknya Marsha Azmeena, 15, disemadi dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Semariang di sini selepas solat Jumaat.

Jenazah dikebumikan pada 2.25 petang bersebelahan kubur bapa mereka Tambi Jiee, ibu mereka Ariza Ghazalee dan abang mereka Muhammad Afif.

Jenazah Ariza dan Muhammad Afif disemadikan pada 22 Ogos lepas dan jenazah Tambi pada 9 Sept.

Jenazah kedua-dua beradik itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 11.35 pagi dan terus dibawa ke Masjid Jamek Petra Jaya.

Solat jenazah diketuai Imam Besar Negeri, Datuk Johji Suhaili.


Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengetuai orang kenamaan negeri melakukan solat jenazah.

Sementara itu mayat anak bongsu Tambi, Muhammad Afruz, 13, belum dikenal pasti untuk dibawa pulang.

Mereka sekeluarga merupakan mangsa nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam penerbngan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH17

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori