Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kerja Ganti Panel Kubah...

SHAH ALAM - Kerja menggantikan panel kubah dan jubin yang mempunyai tulisan ayat...

IG Selena Digodam, Gambar...

KALAU haritu Instagram atlet gimnas negara, Farah Ann kena godam, kali ni giliran...

Tanah Runtuh: Polis Rakam...

HULU SELANGOR: Polis merakam keterangan pengusaha dan dua pekerja tapak perkhemahan Father’s Organic...

“Kau Belanja Apa Sampai...

SUAMI sepatutnya menjadi tempat bagi isteri untuk berlindung, tetapi zaman kini tersasar sungguh...

Jenazah Kapten MH17 Dikebumi Pada Hari Lahir Ke-50

RUPA-rupanya kepulangan jenazah juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin ke tanah air pada hari ini adalah bersamaan dengan tarikh ulang tahun kelahirannya yang ke-50.

Menurut isteri Allahyarham, Mariam Yusof, dia berasa bersyukur kerana jenazah suaminya dibawa pulang ke tanah air dan dikebumikan dengan selamat.

Memetik mStar, isterinya berkata, “hari ini ‘birthday’ (ulang tahun) suami saya. Dia balik hari ini (Selasa). Masa (jenazah) sampai pagi tadi, hujan turun… hujan rahmat, saya bersyukur sangat”.

Mariam dan dua anak lelakinya hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah yang kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

Kapten Wan Amran merupakan antara 298 mangsa korban MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.


Sehingga kini tiada pihak yang tampil bertanggungjawab di atas perbuatan kejam tersebut.

Semoga roh Allahyarham Kapten Wan Amran dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman. Amin. - MYNEWSHUB.MY

Oleh: AUDREY LEE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori