Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tabung Haji Tak Amal...

KUALA LUMPUR - Tabung Haji (TH) tidak mengamalkan unsur pilih kasih dalam pemilihan...

ERC Serah Laporan Interim...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) hari...

Didenda RM49,500 Tak Bayar...

KUALA LUMPUR — Seorang pengarah syarikat pelaburan pesisir luar pantai didenda RM49,500 atau...

Laporan Akhir 1MDB Oleh...

KUALA LUMPUR - Jabatan Audit Negara dijangka menyiapkan laporan akhir berkaitan 1Malaysia Development...

JKKK Diminta Pastikan Kampung Sentiasa Selamat

ARAU – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru perlu memastikan kampung mereka sentiasa selamat sejajar dengan peruntukan pembangunan kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata beratus juta ringgit disalurkan untuk menyediakan infrastruktur di kampung-kampung baru di seluruh negara sejak zaman darurat.

“Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap permintaan mereka dan sebagai balasan adalah wajar kampung mereka dipelihara dengan selamat,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kampung Baru Pauh di sini hari ini.

Pengerusi Perhubungan MCA Perlis, Datuk Chua Tee Yong yang juga Timbalan Menteri Kewangan serta pemimpin MCA negeri turut menyertai lawatan itu.

Menurut Wee, kemudahan asas di hampir semua kampung baru di seluruh negara boleh dikatakan memuaskan dan infrastrukturnya dinaik taraf atau dibaik pulih dari semasa ke semasa.

Kampung Baru Pauh merupakan satu-satunya di Perlis yang dibuka lebih 60 tahun lepas yang mengandungi 100 buah rumah.

Ia menerima peruntukan berjumlah RM1.063 juta dalam tempoh 13 tahun dari tahun 2000 hingga 2013, kata Wee.


Sempena lawatan itu, beliau turut mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM76,000 untuk membaik pulih longkang dan menurap jalan penempatan tersebut, manakala RM90,000 lagi bagi membina trek dan menaik taraf taman rekreasi untuk penduduk beriadah.

Wee berkata kedua-dua projek itu akan dilaksana secara bergotong-royong pada November ini manakala permintaan JKKK kampung itu bagi membina sebuah dewan serbaguna akan dipertimbangkan selepas urusan permohonan tanah daripada kerajaan negeri selesai.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga timbalan presiden MCA berkata partinya akan memberi keutamaan dalam memastikan Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubur.

Katanya walaupun cuma mempunyai dua cawangan dan 232 pengundi Cina, MCA akan memastikan kehadiran pemimpinnya dirasai termasuk bagi pengundi keturunan Siam yang berjumlah lebih 1,600.

“Kombinasi kaum Cina dan masyarakat Siam di Pengkalan Kubur adalah kombinasi yang sangat signifikan untuk BN mencapai kemenangan. Oleh itu kita akan habis-habisan mengerah jentera parti untuk mendapat setiap undi mereka,” kata Wee. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori