Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Aduan Mengenai Anjing Liar...

SHAH ALAM - Biro Pengaduan Awam (BPA) akan mengadakan perbincangan bersama pihak berkuasa...

PRU14: Pengasas DAP Pun...

KEMELUT langkah pelik Pakatan Harapan (PH) hanya menggunakan logo PKR untuk semua calon...

Pemohon SPZAS Diingat Isi...

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini mengingatkan orang ramai yang...

Kes Tipu Pakej Umrah:...

KUANTAN - Polis Pahang memberkas seorang wanita yang dikenali sebagai 'Kak Ton' yang...

JLKN Akui Pergaduhan Di Kem PLKN Marang

KUALA LUMPUR – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) mengesahkan satu pergaduhan berlaku antara pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di kem PLKN Cenderawasih Cador, Marang, Terengganu pada 18 Oktober lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pelatih yang terlibat dalam pergaduhan membabitkan beberapa pelajar membelasah seorang pelajar lain itu adalah dari Kumpulan 3 Siri 10/2013.

“Saya telah melihat video di dalam media sosial yang tersebar luas mengenai pergaduhan pelatih PLKN dan saya akui kejadian itu telah berlaku di kem PLKN Cenderawasih Cador, Marang Terengganu pada 18 Oktober 2013.

“Pelatih yang terlibat adalah dari Kumpulan 3 Siri 10/2013,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Abdul Hadi bagaimanapun berkata, JLKN telah mengambil tindakan pantas berikutan kejadian itu pada hari kejadian dengan membuat laporan polis manakala pelatih PLKN terlibat dipindahkan ke kem-kem lain.

Menurutnya, JLKN turut memberi amaran kepada pihak semua pengurusan kem PLKN supaya sentiasa memantau dan mengambil tindakan drastik ke atas individu yang terlibat agar kejadian seperti itu agar tidak berulang. – mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • PLKN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori