Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Parlimen Maldives Sokong Sertai...

MALE - Parlimen Maldives menyokong cadangan kerajaan untuk menyertai semula Negara-Negara Komanwel, memetik...

Peruntukan Bagi TVET Belum...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Nurul...

Kes Culik Albertine Leo:...

JOHOR BAHRU: Ibu atau bapa Albertine Leo Jia Hui, kanak-kanak perempuan berusia enam...

Gadis Kecewa Baju Online...

ALIVIA Briggs, 17, baru-baru ini membeli sehelai baju yang merupakan baju impiannya dari...

Jururawat Sempat Berselfie Selepas Ditetak

MARRAKECH, Maghribi – Seorang jururawat warga Britain yang cedera selepas ditetak oleh seorang peragut di bandar ini sempat mengambil gambar selfie ketika menunggu untuk menerima rawatan, lapor MailOnline kelmarin.

Jururawat tersebut, Naomie Greenslade, 22, berkata, ketika kejadian dia berjalan pulang ke rumah sebelum dihampiri tiga lelaki yang kemudiannya meminta dia menyerahkan beg tangan miliknya.

Katanya, dia enggan menurut permintaan lelaki berkenaan menyebabkan salah seorang suspek berang dan terus menetak kaki dan pahanya dengan sebilah pisau pemotong daging.

“Luka akibat tetakan tersebut sangat besar dan saya ingat mungkin saya akan mati tetapi ada beberapa kawan saya datang dan membawa saya ke hospital.


“Kami mengambil gambar selfie ketika menunggu sebelum dirawat bagi menaikkan semangat saya,” katanya.

Menurutnya, dia terpaksa menerima lebih 20 jahitan pada luka di kaki dan pehanya. – AGENSI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori