APAKAH perasaan anda apabila juruterbang mengumumkan pesawat yang anda naiki bakal terhempas di lautan dan mungkin meletup dalam masa enam minit sambil menangis?
Kami yakin tiada siapa yang mampu menyembunyikan perasaan panik dan ketakutan sekiranya ia benar-benar berlaku.
Itulah yang dirasai oleh penumpang dan krew pesawat Europe Airpost yang sedang dalam penerbangan dari Split, Crotia ke Nantes, Perancis, Isnin lalu.
Menurut salah seorang penumpang, Benjamin Girard, pada mulanya juruterbang tersebut mengesahkan bahawa salah satu enjin pesawat tidak berfungsi.
“Dia berkata, kami akan membuat pendaratan cemas di Venice dan bergurau yang kami boleh melawat bandar tersebut,” katanya.
Bagaimanapun, nada gurauan itu kemudiannya bertukar cemas sekaligus menyebabkan kesemua yang berada dalam pesawat mula menangis dan meraung ketakutan.
Mujurlah pesawat itu akhirnya berjaya mendarat dengan selamat di lapangan terbang pesisir laut Venice tanpa sebarang kecederaan.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC
(Sumber: Mirror UK)