Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ribut Badai Timur Laut...

GLADSTONE, Australia - Ribut melanda kawasan yang padat dengan penduduk di timur laut...

Zulfarhan: Doktor Boleh Campur...

Doktor boleh bertindak bagi pihak pesakit sekiranya mereka dipercayai didera, kata Persatuan Perubatan...

PRU14: PSM Umum Bertanding...

KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengumumkan parti itu akan bertanding di...

Sanggup Biar Mayat Isteri...

CHINA - Dek kerana terlalu sayangkan isteri dan mahu wanita itu sentiasa dekat...

Kadet Tentera Guna Botol Air Mineral Untuk Berkawad

CHINA – Jika dilihat gambar ini, ia mungkin kelakar namun bagi pelajar ini, ia merupakan salah satu cara untuk mendisiplinkan mereka terutama ketika sedang berkawad.

Teknik meletakkan botol air mineral di atas kepala ini digunakan oleh pelatih kadet tentera di Institut Pengurusan Industri Aeronautical.

Latihan kadet tentera merupakan latihan wajib kepada penuntut tahun satu di semua universiti.

Idea menggunakan botol air itu tercetus selepas pihak pengurusan institut berkenaan menerima aduan bahawa banyak pelatih kadet yang suka membongkokkan badan dan tidak berdisiplin ketika berkawad.

Military Students Show A Lot Of Bottle

Justeru kaedah itu digunakan dan pelatih juga tidak dibenarkan memegang botol tersebut.


Jika ada pelatih yang menjatuhkan botol air berkenaan maka mereka akan dikenakan hukuman.

Antara hukuman terbabit ialah mencuci tandas beberapa kali atau berlari pada jarak jauh dalam hujan.

Menurut jurulatih kadet terbabit, Lok Liao, melalui hukuman itu, pelatih akan lebih memberikan tumpuan dan tidak akan menjatuhkan botol tersebut.

“Kelas ini bukan setakat mengajar kadet terbabit mengenai asas untuk hidup dan penggunaan senjata sebaliknya ia juga memberikan latihan disiplin mental dan fizikal,’’ katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori