Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

PAS Bantah Penganjuran Pesta...

KUALA LUMPUR - PAS Selangor kesal dengan penganjuran pesta bertemakan arak Oktoberfest di...

Manchester City Di Ambang...

LIVERPOOL - Manchester City melakar kemenangan selesa 3-1 ke atas Everton, awal pagi...

Isu Mara: 15 Lagi...

PETALING JAYA : Sebanyak 15 individu lagi dijangka dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Suspek Kes Bunuh Kerani...

MUAR - Seorang suspek kes pembunuhan kerani sekolah agama di Taman Setia Kasih...

Kalau La Di Malaysia Ada Awek Buat Camni

Kalau anda jenis yang suka membuang sampah merata-rata, diharap rencana pendek dan klip ini dapat memberikan anda sedikit kesedaran agar mengubah sikap itu.

Tolong jangan buang sampah merata-rata yea… itulah yang terawal sekali ingin ditekankan di sini.

Penulis sangat pelik dendan sikap orang kita yang suka membuang sampah terutama yang jenis bila buat macam tu dari dalam kereta.

Kereta sendiri hendak nampak cantik, hendak nampak bersih tetapi negara sendiri langsung tak ambil tahu.

Percayalah… kalau kita semua mengambil sedikit inisitif, negara kita ini akan jauh lebih indah dan bersih.

Bukan susah, anda cuma perlu buat satu benda sahaja yakni buanglah sampah di tong sampah.

Andai tak jumpa tong sampah, cuba pegang sekejap atau biarkan dalam kereta dahulu, bila dah sampai tempat yang dituju atau dah jumpa tong sampah, buanglah.

Janganlah main bukak cermin kereta dan campak sampah ikut suka hati. Campak dari tingkap rumah. Buang sampah sambil berjalan… tolonglah jangan buat camtu.

Kita ni bukanlah sebuah negara yang terlalu mundur. Dalam beberapa tahun kita sepatutnya memasuki taraf negara maju maka haruslah kita mula mengamalkan sikap-sikap dunia pertama.

Kalau anda belajar sampai peringkat doktor falsafah pun tidak berapa berguna andai sikap anda setaraf kutu sampah.


Seorang yang bernasib malang kerana tidak mampu ke sekolah layak mendapat lebih banyak penghormatan kalau mempunyai nilai-nilai hidup yang baik antaranya tidak membuang sampah merata-rata.

Mungkin ada antara anda yang anggap ini teguran yang remeh tetapi sikap anda dari segi itu sebenarnya menceritakan banyak mengenai siapa diri anda dan di mana tahap berfikir anda.

Dalam klip di bawah, awek rempit rasanya di Russia atau Amerika Syarikat  ni bertindak berani dengan memulangkan kembali sampah-sampah yang dibuang individu tidak bertanggungjawab di negaranya.

Caranya mungkin agak kasar tetapi mungkin itu sahajalah pendekatan yang sesuai bila berhadapan dengan kumpulan orang yang dalam kategori ‘tak sekolah’ dan pentingkan diri sendiri.

Mesti awek ni begitu sayangkan negaranya dan mementingkan kebersihan sehingga sanggup meletakan dirinya dalam risiko untuk dicederakan.

Mungkin kita boleh luangkan sedikit masa dan cuba memahami apa yang boleh kita pelajari daripada sikap awek tu.

Oleh- AK-47

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori