Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

11 Maut Hujan Lebat...

MILAN - Hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di negara ini...

Bekas Exco Selangor Meninggal...

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, Datuk Mohd....

Cuba Teka Berapa Usia...

BERBEKALKAN gambar di atas cuba anda teka berapa umur wanita berbadan ramping bak...

Rakyat Malaysia Di AS...

RAKYAT Malaysia di Amerika Syarikat (AS) menyuarakan kebimbangan dengan keadaan yang mungkin bertambah...

Kamera Belakang iPhone 6 Yang Tertimbul?

Apple yang telah memperkenalkan dua telefon pintar iPhone 6 pada minggu lepas, dimana menjadi salah satu produk ternipis daripada mereka sehingga kini.

Melalui laporan The Verge, kerana ingin menjadikan bahagian badannya nipis, salah satu kesan daripadanya adalah lensa kamera belakang sedikit terkeluar dan menjadikan bahagian kerangka belakang tidak mendatar seperti iPhone sebelumnya.

Penggunaan lensa kamera yang sedikit terbonjol keluar bukan sesuatu yang asing, dimana beberapa peranti lain sedia hadir seumpamanya.

Tetapi untuk Apple, mereka seperti tidak begitu menyukainya dan menyembunyikan ia daripada beberapa gambar pemasaran di laman rasmi iPhone 6.

iphone6plus-tertimbul_01

Melalui beberapa gambar-gambar yang dipaparkan untuk iPhone 6, mereka memperlihatkan bahagian belakang yang mendatar dan bukannya sedikit tertimbul pada bahagian kamera.

Ia juga dilihat tidak begitu ditekankan dengan kaedah rakaman gambar yang kreatif sekaligus tidak begitu menekankan bahagian tertimbul tersebut.


Perkara ini mungkin tidak begitu memberikan kesan kepada jualan mereka, apatah lagi kebanyakkan pengguna akan menggunakan kerangka luar tambahan untuk melindungi telefon mereka.

Namun, ia boleh dikatakan Apple memberikan info yang sedikit salah untuk pengguna mereka, dan malu dengan rekaan lensa kamera tertimbul pada iPhone 6.

Kamera pada iPhone 6 dilihat membawakan beberapa penambahbaikan berbanding versi iPhone terdahulu, termasuk sokongan rakaman video pada kadar 240fps.

Sumber: TheVerge

Oleh: hzqahmd

  • Lagi berita berkaitan:
  • apple

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori