Kartunis tersohor, Datuk Mohammed Nor Khalid atau dikenali sebagai Lat antara enam penerima anugerah berprestij, Anugerah Merdeka tahun ini.
Tokoh berusia 63 tahun ini dipilih daripada kategori pendidikan dan komuniti . Ini berdasarkan sumbangan cemerlang beliau terhadap pemajmukan identiti budaya Malaysia serta usaha memupuk persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum menerusi hasil karya karyanya
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, yang juga Penaung Diraja Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka mengumumkan nama penerima ketika bertitah di Kelab Petroleum Malaysia, semalam.
Turut menerima anugerah itu adalah Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Dr Choo Yuen, bekas Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Mohd Khan Momin Khan, pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia Universiti Sains Malaysia Prof Dr Abdul Latif Ahmad, Dekan Penyelidikan, Bahan dan Pembuatan Penyelidikan Bersekutu Prof Dr Ahmad Fauzi Ismail dan ahli biologi kelahiran United Kingdom, Earl of Cranbrook.
“Pencarian, pencalonan dan pemilihan penerima Anugerah Merdeka yang bermula pada Januari tahun ini dijalankan secara rapi serta menyeluruh .Sejak diwujudkan pada 2007, pencapaian dan sumbangan 22 individu serta dua organisasi mendapat pengiktirafan,” titah baginda.:- MYNEWSHUB.CC
Oleh; SYA