Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Robot Mudahkan Kerja Petani...

KUALA LUMPUR - Bagi Mohd Ashraf Shuib, 36, bidang pertanian sudah sebati dalam...

Bertuah… 3 Sahabat Satu-Satunya...

TIGA orang wanita bersahabat baik ini menikmati pengalaman penerbangan yang tidak akan dilupakan...

Najib Sertai Bacaan Yasin...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai...

Sidang Cara Maya Tak...

Dari Facebook Puad ZarkashiAZHAR kata, sidang Dewan Rakyat secara maya libatkan isu Perlembagaan....

KDN Arah Institusi Kewangan Beku Aset Anggota ISIL

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menguatkuasakan Perintah Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Resolusi Majlis Keselamatan) (Al-Qaida dan Taliban) bermula 10 September lalu.

KDN dalam satu kenyataan media memberitahu, langkah itu bertujuan membekukan aset dan dana milik individu atau kumpulan yang terlibat dengan kegiatan keganasan terutamanya kumpulan Al-Qaida, Taliban dan Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL).

Sehubungan itu, KDN meminta semua Institusi Pelapor seperti institusi perbankan dan kewangan melakukan semakan senarai nama individu dan kumpulan keganasan ke atas pangkalan data masing-masing bagi tujuan itu.

“Semua Institusi Pelapor mengikut Jadual Pertama Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613] diarahkan supaya menyemak dan membandingkan senarai nama individu dan kumpulan yang berada di dalam pangkalan data masing-masing dengan senarai yang dikeluarkan Jawatankuasa 1267 dan Jawatankuasa 1988 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

“Senarai berkenaan boleh didapati di laman web PBB iaitu Senarai Jawatankuasa 1267 http://www.un.org/sc/committees/1267/aq_sanctions_list.shtml dan Senarai Jawatankuasa 1988 http://www.un.org/sc/committees/1988/list.shtml.

“Jika semakan Institusi Pelapor menemui padanan nama individu atau kumpulan tersebut, Institusi Pelapor membekukan aset milik individu atau kumpulan tersebut dengan serta merta dan melaporkan kepada pihak berkuasa kawal selia dan pengawasan berkaitan masing-masing,” kata kenyataan itu hari ini.


Menurut KDN, Institusi Pelapor turut dikehendaki melaporkan sebarang transaksi yang mencurigakan kepada Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan Bank Negara Malaysia ke atas mana-mana aset yang telah dibekukan,

Jelas kenyataan itu, semakan KDN mendapati antara yang tersenarai di dalam Senarai Jawatankuasa 1267 adalah Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) dan individu-individu yang berkaitan dengannya termasuklah pemimpin ISIL, Abu Bakr al-Baghdadi.

Kata kenyataan itu, KDN memandang serius kegiatan ISIL yang memberi ancaman kepada keselamatan negara maka segala aset dan dana milik pertubuhan tersebut serta individu-individu yang berkaitan dengannya hendaklah dibekukan dengan serta-merta.

Sehubungan dengan itu, KDN meminta kerjasama Institusi Pelapor untuk sentiasa menyemak kedua-dua senarai tersebut dari semasa ke semasa bagi memerangi keganasan melalui langkah pembekuan asset berkenaan.

“Perintah ini memperuntukkan hukuman denda sehingga satu juta ringgit atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekiranya wujud ketidakpatuhan terhadap printah ini,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori