Sejak akhir-akhir ini kes kekejaman terhadap binatang semakin sering berlaku.
Ada yang didera hingga cacat dan banyak pula yang dibunuh tanpa belas kasihan.
Terbaru, dua ekor anjing dibunuh dengan zalim di jalanan dalam keadaan badan terobek dipercayai dipukul dengan benda tajam.
(BACA -Isteri Mengadu Di Facebook Perangai Suami Gila Main ‘Game’…)
Menurut individu yang berkongsi kejadian ini di Facebook, makciknya keluar menyiasat selepas terdengar lolongan keras anjing diikuti bunyi letupan.
Sebaik tiba di tempat kejadian, dia mendapati dua anjing sudah terkapar mati dibunuh.
Ini sememangnya perbuatan yang amat kejam dan berdosa. Anjing juga makhluk tuhan dan mereka yang menganiaya makhluk ini pasti akan mendapat balasan kelak. – MYNEWSHUB
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC