DI New Jersey, seorang bekas pengawal keselamatan, Anthony Novellino, 66, dijatuhi hukuman penjara 50 tahun selepas didapati bersalah membunuh bekas isterinya, Judith Novellino, 62.
Dalam kejadian yang berlaku pada bulan Jun 2010 itu, lelaki itu telah bertindak menikam Judith sebanyak 84 kali di kediaman mereka di Denville.
Bukan itu sahaja, Anthony turut menyarungkan topeng khinzir ke muka bekas isterinya itu sebelum meninggalkan tempat kejadian.
Mayat wanita itu ditemui oleh anak mereka, Christina German, 35.
Hasil bedah siasat mendapati, Judith mati akibat kecederaan parah akibat ditikam di leher, muka, bahu, perut, dada dan tangan.
Menurut pihak Pendakwa Raya, pembunuhan itu dilakukan hanya selepas 11 hari pasangan itu bercerai.
Bagaimanapun, Anthony memberitahu mahkamah yang dia hanya mahu mempertahankan diri daripada serangan Judith sewaktu pertengkaran antara mereka.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC
(Sumber: Daily Mail)