Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

98 Orang Terbunuh Di...

MATARAM, Lombok – Indonesia memindahkan be­ratus-ratus pelancong dari resort-resort popular dan mengerahkan anggota...

Hantu Kak Limah Atasi...

LARIS... Filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold, Hantu Kak Limah berjaya catat...

BNM Kekal OPR Tidak...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk...

Syed Saddiq Sahkan Berlaku...

KUALA LUMPUR - Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed...

Keluarga Dibenar Lawat Tahanan Sempena AidilAdha

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara membenarkan anggota keluarga melawat tahanan, penghuni pusat pemulihan akhlak dan Sekolah Henry Gurney, pada sambutan hari kedua dan ketiga Aidiladha.

Jabatan itu dalam kenyataan di sini hari ini berkata waktu lawatan bermula pada 8.15 pagi sehingga 4.15 petang dan pelawat diminta membawa kad lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan.

“Keutamaan lawatan pada hari berkenaan diberi kepada penghuni yang beragama Islam sahaja,” menurut kenyataan itu.

Pelawat juga tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni kerana ia boleh dibeli dari kantin penjara.


Selain itu, pelawat tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni memandangkan semua kemudahan asas disediakan Jabatan Penjara.

“Sekiranya pelawat ingin memberi wang kepada penghuni atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya, sila dapatkan resit rasmi PPT.28 sebagai akuan penerimaan,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori