Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jenazah Bekas KSU KDN...

SHAH ALAM - Jenazah bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk...

Abby Abadi Tak Mahu...

KADANG-KADANG kami tak faham dengan sikap sesetengah artis yang mudah melenting apabila kisah...

Gagal Patuh Syarat, Restoran...

BUTTERWORTH - Seorang pengusaha sebuah premis makanan dimsum terkenal di Raja Uda, di...

Orang Melayu Masih Tidak...

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa orang Melayu sedar...

Keluarga Reda Hanya Jenazah Tambi Tiba Esok

KUCHING – Biarpun bersedih hanya jenazah Tambi Jiee akan dibawa pulang esok, anggota keluarga pasangan Tambi dan Ariza Ghazalee tetap bersyukur serta reda sambil berdoa semoga tiga lagi jenazah anak pasangan tersebut dapat segera dikenal pasti.

Allahyarham Tambi, 49, bersama isterinya Ariza dan semua anak mereka – Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13, – terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 pada 17 Julai lepas.

Pada 22 Ogos lalu, jenazah dua beranak, Ariza dan Muhammad Afif, disolatkan di Masjid Jamek, Petrajaya sebelum disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Semariang.

Mazalina, kakak kepada Ariza, berkata mereka sudah bersedia untuk menerima jenazah Tambi sambil tidak putus-putus berdoa semoga tiga lagi anak pasangan itu segera dikenal pasti.

“Kita jemput semua umat Islam untuk hadir sama-sama mengerjakan solat jenazah yang akan diadakan sebelum solat Zohor di Masjid Jamek, Petra Jaya sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Semariang untuk dikebumikan,” katanya.


Mazalina berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui sebelum beliau bersama suaminya, Irwan Zulkarnain Hasbi berlepas ke Kuala Lumpur menggunakan pesawat MH2521 jam 2.35 petang ini sebagai wakil keluarga Ariza.

Menurutnya dua lagi wakil anggota keluarga Tambi akan ke Kuala Lumpur pukul 4 petang ini untuk turut sama-sama menghadiri istiadat penghormatan di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL esok.

Jenazah kemudian akan dibawa ke Kuching dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia dan tiba di Pangkalan Udara Kuching pada 11.15 pagi, katanya.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine selepas ditembak jatuh pihak tidak bertanggungjawab. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH17

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori