Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Agong Harap Barisan Hadapan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan...

Ahmad Maslan Sindir PH...

BERANANG: "Senarai ada pada presiden, senarai lain palsu," kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk...

Honda Malaysia Buka Pusat...

KUALA LUMPUR - Pengedar Honda terbesar di Terengganu telah melancarkan Pusat 3S yang...

RUU Pembiayaan Covid-19 Dibentang...

KUALA LUMPUR - Pindaan rang undang-undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit...

Kemampuan Aset Ketenteraan TUDM Diyakini

KUALA LUMPUR – Kemampuan pertahanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbukti dalam satu latihan tembakan peluru berpandu udara ke permukaan jenis KH31A (Anti Kapal) dan KH31P (Anti Radiasi) pada 20 September lalu.

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan media memberitahu, peluru berpandu yang dilancarkan oleh pesawat Sukhoi Su-30MKM itu tepat mengenai sasaran dan seterusnya memusnahkan sasaran dalam latihan tersebut.

“Kejayaan tembakan kedua-dua peluru berpandu itu membuktikan keyakinan TUDM terhadap keupayaan persenjataan yang dimiliki dan juga kesiaagaannya,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, latihan tembakan peluru berpandu itu dilaksanakan di kawasan tembakan khas di sekitar Perairan Laut China Selatan dengan menggunakan pesawat Sukhoi Su-30MKM dari No 11 Skuadron.


Jelas kenyataan itu, TUDM mendapat kerjasama daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Penerbangan Awam (JPA) dan Petronas dalam latihan tersebut.

“Kejayaan dalam latihan penembakan kedua-dua jenis peluru berpandu ini telah melakar sejarah dan merupakan satu kejayaan besar buat TUDM,” kata kenyataan itu.

  • Lagi berita berkaitan:
  • TUDM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori