Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

TH Sah Penerbangan Pertama...

SEPANG - Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia akan berlepas pada 14 Julai ini,...

Seorang Lagi Mangsa Tongkang...

DARO - Satu lagi mayat awak-awak tongkang membawa muatan batu kelikir yang karam...

Jenazah Pak Ngah Selamat...

KUALA LUMPUR - Jenazah pejuang lagu Irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain, 60,...

6 Lelaki Ditahan Rusuhan...

NIBONG TEBAL - Enam lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian penyokong fanatik...

KEMAS Berhasrat Beri Latihan Dalam Bidang Tumpuan Kerajaan

SERI ISKANDAR – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berhasrat memberi bimbingan menerusi pusat latihannya dalam bidang yang menjadi penekanan kerajaan serta tumpuan pelaburan asing.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata KEMAS perlu mengambil kesempatan bukan hanya dari aspek peluang pekerjaan malah menyediakan tenaga kerja dari pusat latihannya yang berkemahiran dalam bidang berkenaan.

“Kita lihat pada masa depan, kita perlu sedar dan tahu ada pelaburan yang masuk ke negara ini seperti industri minyak dan gas, pelancongan serta sektor yang diberi penekanan oleh kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi,” katanya pemberita selepas merasmikan Konvokesyen Kemahiran Malaysia Kali Ke-7 KEMAS dan Bangunan Tambahan Institut Latihan KEMAS Seri Iskandar di sini hari ini.

Beliau berkata langkah KEMAS dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran itu juga dapat mempertingkat keupayaan negara.

Langkah menyediakan tenaga kerja berkemahiran adalah seiring dengan hasrat kerajaan yang ingin memperkasa masyarakat luar bandar melalui pelbagai latihan kemahiran, katanya.

“Ia juga berupaya untuk masyarakat luar bandar meningkat sumber pencarian yang boleh kita selaraskan dengan keperluan pasaran, termasuk hasil produk.

Produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan mereka boleh mendapat permintaan daripada masyarakat bandar dan antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, menyentuh langkah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang tidak lagi menggunakan khidmat ejen pelajar luar negera, Mohd Shafie berkata pihaknya akan meneliti aspek berkenaan agar sistem penyampaian dalam penajaan pelajar Malaysia ke luar negara dapat ditambah baik.

“Kita akan melihat peranan sesetengah ejen yang mungkin hanya ada hubungan baik dengan institusi pengajian, tetapi dari segi kualiti institut itu, tidak begitu memuaskan,” katanya.


Beliau berkata pihaknya ada melawat sebuah universiti terkenal dalam bidang keusahawanan di Amerika Syarikat.

“Urusan yang kita jalankan secara terus-menerus itu dilihat berupaya mewujudkan kerjasama dengan institut tersebut, yang jauh lebih baik (berbanding apa yang dilakukan ejen),” katanya.

Pada 30 Ogos lepas, Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa berkata agensi itu tidak lagi menggunakan khidmat ejen, kecuali yang dilantik secara rasmi, dan dipersetujui pihak universiti untuk menguruskan penuntut di luar negara.

Langkah ini berikutan pelbagai masalah seperti ejen tidak bertanggungjawab dan lambat membayar kepada pihak universiti.

Terdahulu, konvokesyen kali ini menyaksikan sebanyak 221 pelatih KEMAS mendapat Sijil dan Diploma KEMAS.

Pengajar KEMAS Fauziah Duamin menerima Anugerah Khas sementara pelatih Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang pembuat pakaian lelaki, Mohammad Jamillulail Mohd Yusof, meraih Anugerah Ketua Pengarah KEMAS.

Anugerah Ketua Setiausaha KKLW pula dirangkul pelatih SKM Tahap Tiga bidang pembuat pakaian wanita, Amalina Ismail manakala pelatih Diploma Kemahiran Malaysia bidang pembuat pakaian wanita, Norihan Amir, meraih Anugerah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Mereka membawa pulang piala, sijil dan wang tunai. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori