Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

LHDN: Seret Penyangak Cukai...

MEMBACA berita pendedahan eksklusif di Mingguan Malaysia mengenai manipulasi cukai oleh kanglomerat elit di...

Pemain Bola Brazil Dilarang...

PEMAIN bola sepak pasukan Brazil dilarang memakai subang, topi dan selipar ketika terlibat...

BN Menang Beri Nafas...

BANGKIT... Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahaya kesal apabila pelbagai isu sentuh sensitiviti...

AMK Harap Azmin Komited...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengalu-alukan langkah Presidennya, Datuk Seri Dr....

Menang Pengkalan Kubor Bukan Bayangan BN Tawan Kelantan

Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor tidak boleh dijadikan kayu ukur tunggal bahawa ia adalah petanda BN akan merampas semula Kelantan daripada PAS.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata BN perlu bekerja lebih keras lagi untuk membuktikan parti itu mampu membela dan memberikan pembangunan kepada negeri itu.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata kemenangan BN di negeri Kelantan itu juga akan ditentukan oleh kekuatan jentera parti sama ada mereka bekerja keras atau sebaliknya.

“Kita kena buktikan pada Kelantan, yang kita dapat menawarkan satu visi pembangunan yang lebih baik pada mereka (PAS).

“(Tetapi) ia tidak secara automatik bila kita menang Pengkalan Kubor, kita menang Kelantan.

“Alhamdulillah ada kejayaan tetapi tidak semestinya,” katanya Khairy dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Kenyataan Khairy itu sebagai reaksi kepada peringatan yang diberikan Penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa kekalahan PAS pada PRK Pengkalan Kubor 25 September lepas, jika berterus akan menyebabkan Kelantan jatuh ke tangan BN.


Kelantan mungkin akan kembali dirampas oleh BN jika corak peralihan undi 4.5 peratus terhadap PAS dan Pakatan Rakyat terus berlaku di kawasan lain di negeri itu selepas PRK Pengkalan Kubor.

Lim berkata perkara itu mungkin akan berlaku jika peralihan undi 4.5 peratus terhadap PAS dan Pakatan Rakyat terus berlaku di kawasan lain di negeri itu selepas Pengkalan Kubor.

Pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor calon BN Mat Razi Mat Ail memperolehi 9,981 undi menewaskan calon PAS wan Rosdi Wan Ibrahim yang mendapat 7,326 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary hanya 38 undi.

Mat Razi mempertahankan kerusi DUN itu dengan majoriti 2,635 undi.

Ia meningkat hampir 900 undi berbanding penyandangnya allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang mendapat majoriti 1,736 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori