Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Tun Mahathir: Semua Pihak...

PUTRAJAYA - Semua pihak harus akur dengan pemilihan calon Menteri Besar Selangor yang...

Pegawai Kanan Polis Bergelar...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai kanan...

3 Lelaki Lindungi 58...

KOTA TINGGI: Seorang penyelia dan dua penjaga kilang ditahan kerana melindungi 58 pendatang...

44 Jam Beratur Untuk...

Demi menyelamatkan perkahwinannya, seorang lelaki sanggup menunggu di kedai Apple selama 44 jam...

Kempen Cegah Denggi Lebih Agresif Di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Kempen mencegah wabak denggi akan dilaksanakan secara berterusan dan lebih agresif walaupun tiada kes kematian terbaru akibat wabak itu, di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Muhammad Pehimi Yusof berkata kempen itu perlu dibuat lebih serius memandangkan sehingga semalam (13 Sept), sebanyak 903 kes direkodkan  berbanding 296 kes, dalam tempoh sama tahun lalu.

“Ini bermakna pertambahannya cukup tinggi iaitu 205.4 peratus, sebab itu kempen ini kena buat secara berterusan dengan lebih kerap dan agresif,” katanya selepas melancarkan Inisiatif Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) peringkat negeri di Kampung Bukit Wan di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Anwa Sulaiman.


Muhammad Pehimi berkata daripada keseluruhan 903 kes itu, Kuala Terengganu menrekodkan daerah tertinggi, iaitu 579 kes.

Menurutnya, kakitangan kesihatan di negeri ini mengambil inisiatif  berbeza dengan menjalankan kempen pencegahan kepada pelajar di sekolah-sekolah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori