Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘Kembar’ Jong-un Disoal Siasat...

SEORANG 'kembar' Kim Jong-un disoal ketika tiba di Singapura sebelum sidang kemuncak Amerika...

809 Sekolah Di Sarawak...

KUCHING - Sebanyak 809 sekolah di 17 daerah di Sarawak di tutup hari...

Rompak Kedai Dobi: 2...

SUNGAI PETANI - Dua sahabat hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini...

Ahli MCA 21 Tahun...

KLANG - Semua ahli MCA berusia 21 tahun ke atas diwajibkan untuk menjadi...

Kenyataan Media KJ Kes Pingat Emas Wushu

Kenyataan media Saya tentang isu doping Tai Cheau Xuen:

Saya memandang serius tuduhan penggunaan dadah ke atas atlet wushu negara, Tai Cheau Xuen di temasya Sukan Asia 2014 sehingga membuatkan atlet itu disingkirkan penyertaannya di Incheon, sementara pingat emas yang telah dimenanginya ditarik balik.

Perlu diingatkan bahawa Malaysia amat serius dan komited dalam memastikan tidak ada seorangpun atlet negara kita terlibat dalam penggunaan sebarang bahan terlarang untuk meningkatkan prestasi masing-masing.

Namun dalam kes Cheau Xuen, kita meragui bagaimana sampel air kencing atlet itu dikendalikan atau lebih tepatnya, amalan chain of custody (CoC) ke atas sampel tersebut.

Saya difahamkan sampel air kencing tersebut, berserta empat sampel lain diambil pada pukul 5.06 petang (waktu Korea) 20 September lalu di venue acara wushu dan hanya dibawa keluar dari situ pada pukul 7.15 malam (hari yang sama), untuk dibawa ke Doping Control Command Centre (DCCC).

Dokumen CoC seterusnya mencatatkan bahawa sampel itu tiba di DCCC pada pukul 11.10 pagi, dengan anggapan tarikh 21 September, memandangkan tiada tarikh dicatatkan pada sampel tersebut.

Kemudiannya, sampel tersebut dibawa ke Institut Sains dan Teknologi Korea (KIST) dan tiba ke makmal institut berkenaan pada 1.29 petang, sekali lagi dengan anggapan tarikh 21 September, memandangkan tiada tarikh yang dicatatkan.

Ketiadaan catatan tarikh ini menimbulkan tanda tanya serta keraguan terhadap kronologi perjalanan sampel berkenaan.

Jika anggapan kita tentang tarikh dan masa tersebut adalah tepat – berdasarkan maklumat yang ada ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ ia bermaksud sampel tersebut berada dalam simpanan selama hampir 16 jam, dari venue wushu ke DCCC.

Ini adalah sesuatu yang amat pelik dan menimbulkan kesangsian ke atas integriti CoC. Mengapa mengambil masa 16 jam?

Jikapun kita mengambil kira masa dan jarak di antara venue, DCCC dan KIST, ia masih tidak masuk akal mengapa ia mengambil masa yang begitu lama.


Jelas ia tidak disimpan di venue dan tidak juga dihantar ke KIST dengan segera. Sekiranya penganjur mengemukakan alasan ia disimpan di peti sejuk, tiada sebarang rekod yang menyatakan sedemikian.

Malaysia telah mengemukakan kesemua persoalan ini kepada panel disiplin temasya itu yang dipengerusikan oleh Tayyab Ikram. Kita juga telah menghantar surat kepada badan OCA Antidoping untuk menyuarakan ketidakpuasan hati ke atas bagaimana proses CoC dijalankan.

Lebih menimbulkan persoalan ialah dalam perjumpaan kedua dengan panel tersebut, mereka telah mengemukakan dokumen CoC berkenaan yang secara jelas telah dipinda, berbeza dengan butiran yang kita terima secara rasmi sebelum itu.

Versi dokumen yang telah dipinda itu tidak pernah dikemukakan kepada pihak kontinjen negara dan ia adalah sesuatu yang di luar kelaziman, memandangkan kita berhak mendapat maklumat sepenuhnya tentang sampel berkenaan.

Oleh itu, Malaysia akan mengemukakan rayuan kepada pihak tertinggi (Jawatankuasa Ad Hoc Court of Arbitration in Sport-CAS di Incheon) untuk ditimbang tara demi hak dan kepentingan atlet tersebut.

Kita tidak mempunyai sebarang sebab untuk mempersoalkan pengambilan sampel berkenaan ataupun kesahihan analisis oleh KIST, tetapi persoalannya adalah tentang kepincangan proses CoC yang tidak dijawab dengan sebaiknya oleh panel itu.

Dengan hal yang demikian, kita perlu mencabar keputusan Anti-Doping Rule Violation (ADRV) terhadap Cheau Xuen memandangkan terdapat kesangsian ke atas integriti proses CoC. Ini merupakan amanah serta tanggungjawab terhadap memastikan kepentingan dan maruah sukan negara terus terpelihara.

Dalam kita berjuang secara agresif memerangi penggunaan dadah di kalangan atlet, kita juga perlu memastikan agar proses CoC dilaksanakan dengan penuh integriti kerana setiap atlet berhak mendapat layanan adil dan saksama. Ini juga untuk memastikan bahawa tiada pertikaian ataupun kesangsian terhadap proses anti-doping berkenaan.

KHAIRY JAMALUDDIN
MENTERI BELIA DAN SUKAN
30 September 2014

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori