Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kedah Turut Beri Bonus...

ALOR SETAR - Kakitangan kerajaan negeri turut menikmati bonus RM500 sempena Aidilfitri ini.Menteri...

Tuduhan Skandal: Muhyiddin Gesa...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tuduhan...

Penumpang Cerita Detik Awal...

BERDEPAN dengan insiden cemas seorang lelaki mengancam untuk meletupkan pesawat, pastinya menjadi 1001...

Rita Sosilawati Bakal Taja...

PETALING JAYA - Pengarah Urusan Nouvelles Visages (NV), Erni Dekritawati Yuliana Buhari dilapor...

VIDEO : Kerajaan Pertimbang Dedah Hasil Kajian Royalti

TUMPAT (Kelantan) – Hasil siasatan jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mengkaji bayaran royalti minyak yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad akan dipertimbangkan untuk didedahkan kepada rakyat khususnya di negeri Kelantan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, makluman telah diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berada di luar negara jika dokumen berkenaan boleh dilucutkan rahsianya daripada status dokumen rasmi kerajaan untuk didedahkan.

“Ia (kajian) telah pun siap, sudah pun dibentang kepada jemaah menteri yang di dalam itu telah pun dinyatakan jelas, terutamanya pendirian yang diambil kerajaan persekutuan dalam soal ini agak betul.

http://youtu.be/o7BEVGJq8Yc

“Ini kerana tidak terdapat apa-apa hasil minyak dalam lingkungan tiga batu nautika dari pantai Kelantan walapun ada kerjasama yang dibuat dengan kerajaan Thailand,” kata Muhyiddin dalam sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor hari ini.

Muhyiddin berkata oleh sebab dokumen berkenaan telah dikongsi bersama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, mungkin inilah masa yang sesuai untuk ia diterbitkan kepada umum untuk diteliti oleh orang ramai.

“Saya sedang beruhubung dengan Perdana Menteri di luar negara, kalau beliau bersetuju dan jemaah menteri boleh putuskan pada hari Rabu ini, maka kita boleh keluarkan, release (dedahkan) dokumen ini,” katanya.

Pada 4 Ogos 2012, Najib telah mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu  yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia.


Selain Abdul Hamid, jawatankuasa itu dianggotai oleh  pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

“Jawatankuasa Khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan,” kata Najib memetik kenyataan medianya pada tarikh berkenaan.

Berkenaan program Muhyiddin, beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra penduduk bersama Muhyiddin di Pusat Daerah Mengundi Telaga Bata di DUN Pengkalan Kubor.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) hadir ke DUN berkenaan sebagai sebahagian lawatan turun padang membantu kempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal berlangsung 25 September ini.

http://youtu.be/xciRGxwxezI

BN meletakkan calonnya seorang bekas guru, Mat Razi Mat Ail berdepan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K  | Foto : RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori