Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Bincang Dengan Peguam...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara terlebih dahulu sebelum...

Sesiapapun Boleh Beri Sumbangan...

TIDAK menjadi kesalahan bagi mana-mana pertubuhan agama atau fahaman untuk memberikan sumbangan kepada...

Suami Adira AF Tampil...

WALAUPUN sering berdepan dengan tohmahan dan kritikan, pasangan Adira dan Datuk Seri Adnan...

Sistem Pendawaian Elektrik 50...

SEGAMAT - Kementerian Kesihatan Malaysia akan menaik taraf sistem pendawaian elektrik 50 hospital...

Kereta Kuasa Solar Dipandu Dari Los Angeles Ke San Francisco

SAN FRANCISCO: Sebuah kereta kuasa solar menamatkan perjalanannya dari Los Angeles ke San Francisco dengan digerakkan oleh sinaran matahari.

Pencipta kereta ‘Stella’ itu menarik perhatian orang ramai sepanjang perjalanannya di Lebuhraya Pasifik yang mempunyai pemandangan indah.

‘Stella’ adalah kereta futuristik yang mungkin menjadi impian kenderaan pada masa depan.

Ia mampu berjalan sejauh 800 kilometer dengan sekali caj – lebih jauh jika matahari menyinar – dengan mencatatkan kelajuan 80 batu sejam.

“Amat menyeronokkan apabila ramai yang melihat kami; ada yang tergesa-gesa mendapatkan telefon pintar mereka untuk merakam gambar ketika kami memandu,” kata Lex Hoefsloot, Pengurus Pasukan Solar Eindhoven.


“Pada mulanya saya ingat kami (Stella) menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya dan bimbang pula kalau ada pemandu terlanggar kami ketika cuba merakam gambar,” katanya.

Hoefsloot adalah salah seorang pelajar Universiti Teknologi Eindhoven di Belanda, yang mereka cipta dan membina Stella.

Ia kemudian menjadi projek sekolah sepenuhnya yang memenangi perlumbaan Kereta Dunia Solar di sekitar Australia pada 2013. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori