Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Ambank Lancar CX Untuk...

KUCHING - Customer Experience (CX) oleh Kumpulan Ambank yang dilancarkan Jumaat malam, akan...

Video: Wanita Disaman, Berkaraoke...

SEORANG wanita di China telah disaman selepas dia dirakam menyanyi seperti di pusat...

Tempoh Reman Penyerang Kamal...

SINGAPURA: Tempoh tahanan reman ke atas lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli...

Fesyen Pelik, Muka Penuh...

MINGGU fesyen Tokyo menarik perhatian ramai apabila model-modelnya menggayakan pakaian dengan muka mereka...

Kertas Matematik & Tamil UPSR Bocor: Duduki Semula Ujian 9 Okt

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof sebentar tadi mengumumkan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Matematik dan Bahasa Tamil pada 9 Oktober ini.

Ini kerana kertas ujian Mathematics 015/1 (SK), 025/1 (SJKC), 035/1 (SJKT), Bahasa Tamil 036, 037 bagi UPSR didapati bocor.

Sebelum ini semua calon UPSR 2014 telah mengambil kertas ujian Matemaik 015/1, 025/1, 035/1, Bahasa Tamil 036/ 037 pada 10 September lalu.

Menurut Dr Khair, sebagai langkah serta-merta, pihaknya sedang mengambil tindakan untuk membuat pertukaran pegawai-pegawai di Lembaga Peperiksaan bagi memantapkan lagi pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam.


“Saya juga mengambil langkah mengetatkan lagi semua aspek keselamatan dalam pengurusan dan pengendalian kertas peperiksaan dari peringkat Lembaga Peperiksaan sehingga ke pusat peperiksaan,” katanya.

Dr Khair turut memberi jaminan dan komitmen bahawa insiden kebocoran kertas-kertas peperiksaan awam tidak akan berulang di masa hadapan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: AUDREY LEE

  • Lagi berita berkaitan:
  • UPSR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori