Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jika Malaysia Berperang, Taikun...

KELMARIN seorang taikun ahli perniagaan kroni DAP mengatakan bahawa untuk mengurangkan bajet negara...

2 Pertuduhan Terhadap Guan...

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang,...

Keadaan Kesihatan Nik Aziz...

KOTA BHARU - Keadaan kesihatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik...

Mayat Wanita Reput Ditemui...

KUALA SELANGOR - Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan reput kira-kira dua kilometer...

Ketagih Makan Daging Kucing Di Jerman

Andernach (Jerman) – Seorang lelaki Vietnam di Jerman yang mengaku membunuh, memanggang dan memakan kucing jirannya hairan mengapa dia menjadi sasaran kemarahan pencinta haiwan.

“Apa salahnya makan kucing,” kata Tran Qui selepas dia ditahan kerana memanggang seekor kucing bernama Mungo milik seorang pesara tempatan.

Kini, pemilik kucing di Andernach di Rihneland terpaksa mengurung haiwan peliharaan masing-masing selepas Qui disyaki membunuh dan memakan 30 kucing yang hilang sejak beberapa bulan lalu.

Seorang jurucakap polis berkata: “Dia memasak haiwan itu di luar rumah. Mungkin sudah menjadi budaya Asia memakan daging kucing. Tetapi di Jerman, ia tidak boleh diterima.”

Seorang penduduk, Christina Sarwatka berkata, 30 kucing hilang baru-baru ini.


“Saya tidak akan biarkan kucing saya keluar lagi. Saya bimbang dia akan dimakan oleh lelaki itu,” katanya.

Qui, bapa lima anak, tinggal di bandar itu sejak dua tahun lalu dan berkata, dia merindui ‘masakan Vietnam.’

“Kerana itu saya masak daging kucing dan memakannya,” katanya.- Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori