SHAH ALAM – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nafi bahawa majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan Jumaat ini seperti tersebar dalam laman sosial.
“Jika ada pelantikan atau sebarang majlis, mesti ada jemputan dari pihak Istana…tetapi sampai hari ini tidak ada sebarang jemputan yang diterima,” katanya ringkas selepas ditanya mengenai spekulasi majlis pelantikan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Selangor di Bangunan SUK Shah Alam, sebentar tadi. – BH Online