KES seorang pemandu ambulans yang didakwa memperkosa seorang jururawat di Mersing, Johor kini masih lagi dalam siasatan pihak polis.
Rupa-rupanya banyak pihak yang lebih bersimpati dengan pemandu ambulans itu daripada berasa kasihan terhadap nasib yang menimpa nurse terbabit.
Tak tahulah kenapa, tapi daripada komen menerusi sebuah forum baru-baru ini, seolah-olah ahli keluarga atau rakan si pengomen ini kenal rapat dengan latar belakang nurse tersebut.
(BACA – Jururawat Dakwa Dirogol Dalam Ambulans)
Antaranya dia menyatakan perbualan dua wanita mengenai nurse tersebut yang sebelum ini dikataan pernah kantoi melakukan hubungan seks dengan seorang pengawal keselamatan dalam wad sehingga menyebabkannya meringkuk satu hari dalam lokap.
Bukan itu sahaja, nurse itu juga dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang sehinggakan teman lelakinya mengambil keputusan menceraikan isterinya dengan talak tiga gara-gara nurse terbabit.
Tak tahulah sejauh mana kebenaran mengenai hal ini, tapi apa-apa pun kita serahkan sahaja kepada polis untuk menyiasat perkara ini, sama ada memang benar-benar nurse itu dirogol atau pun hanyalah rekaan nurse itu semata-mata. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: AUDREY LEE