Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Peminat Komen Nakal Pada...

PELAKON Nur Fazura sememangnya dikenali sebagai di antara selebriti yang cukup mementingkan gaya...

Ragut Beg Sandang Wanita,...

PETALING JAYA - Seorang penganggur yang meragut beg seorang eksekutif wanita yang diletakkan...

Al-Quran Abad 18 M,...

SEBUAH video berdurasi 20 saat yang dikongsikan di laman Facebook, telah menarik perhatian...

Shahrom Berjaya Tamatkan Misi...

PENJELAJAH negara ke Kutub Selatan, Shahrom Abdullah berjaya melengkapkan misi Ekspedisi KE7B Rentas...

Kerajaan Nafi Bahagian Pinjaman Perumahan Dimansuhkan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan menafikan dakwaan yang tersebar kononnya Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) akan dimansuhkan.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, dakwaan BPP akan dimansuhkan adalah tidak benar sama sekali.

Beliau sebaliknya memaklumkan, kerajaan cuma bercadang menjadikan BPP sebuah badan berkanun tetapi mengekalkan faedah sedia ada untuk penjawat awamnya.

“Pada masa ini BPP dengan perunding yang dilantik bagi proses pemerbadanansedang menyediakan Rang Undang-undang (RUU) penubuhan berkenaan dan Skim Saraan baru bagi kakitangan,” katanya melalui satu kenyataan media.

Mohd Irwan berkata, penjawat awam yang memilih untuk menyertai skim itu dijangka menikmati beberapa faedah sebagaimana yang dinikmati oleh lain-lain agensi yang telah diperbadankan.


Antaranya, kata beliau. faedah tangga gaji yang lebih tinggi di samping faedah-faedah lain yang tidak diterima semasa berada dalam skim sedia ada.

Justeru, beliau memberi jaminan pengurusan pinjaman perumahan di bawah BB tidak akan merugikan penjawat awam terlibat.

“Syarat-syarat pinjaman perumahan masih dikekalkan sebagaimana yang dinikmati mereka pada masa kini. Malahan sebagai peminjam, penjawat awam akan menikmati perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori