Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

BN Kekal Pertahan Kerusi...

MENANG... Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor disahkan menang 'bergaya' dengan raih undi...

Sikap Pentingkan Diri PKR...

LARUT - Penyertaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Harapan bersama-sama dengan DAP...

Kerajaan Perlu Tegas Beri...

KUALA LUMPUR - Kerajaan boleh menghentikan polemik mengenai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala...

Lelaki Tua Makan Bertemankan...

Kisah ini menjadi 'viral' di laman internet dan menyentuh hati banyak pihak kerana...

KL Converge Capai Kejayaan Besar: Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan persidangan dan pameran KL Converge 2014, yang berakhir hari ini, telah mencapai kejayaan besar.

Beliau berkata acara tiga hari itu berjaya membawa satu perhimpunan yang menumpu kepada komunikasi dan teknologi.

Katanya acara julung kali itu juga membuka peluang besar bagi Malaysia untuk meningkatkan lagi kemajuan dalam kandungan digital dan industri kreatif.

“Pada mulanya, kami tidak tahu apa yang harus dijangka daripada penganjuran acara ini tetapi selepas tiga hari, semua kebimbangan kami berakhir,” katanya dalam ucapan penutup pada jamuan malam gala KL Converge di sini, malam ini.

Berikutan hasil positif KL Converge 2014, Ahmad Shabery mengisytiharkan persiapan untuk edisi berikutnya akan bermula seawal depan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjuran KL
Converge 2014 serta delegasi dari negara-negara Asean, Jepun dan India yang
menghadiri acara itu.

Persidangan dan pameran kandungan digital dan industri kreatif pelbagai platform itu berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini dan perasmiannya disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu lepas.

Pada jamuan malam itu, Ahmad Shabery menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang pelbagai pertandingan yang dianjurkan KL Converge 2014 termasuk pertandingan mereka bentuk aplikasi 24 jam bagi Hari Pembangun Malaysia-Edisi Asean.

Kumpulan yang menggelar diri mereka ‘Hacktivist’, yang membangunkan aplikasi bagi tujuan amal dikenali sebagai ‘Enak’, diumumkan pemenang hadiah utama yang menawarkan ganjaran AS$10,000.

Aplikasi itu direka oleh Lim Wei Jun, 21, Karmen Koh Chia Min, 21, Tan Ying Zheng, 21, Francis Pang, 31, dan Chew Chit Siang, 26, yang semuanya dari Malaysia.

Cabaran itu dianjurkan bersama oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan syarikat telekomunikasi gergasi Amerika Syarikat, AT & T.


Ahmad Shabery juga menyampaikan Anugerah Agen bagi Transformasi Negara (ANT) 2014 dan Anugerah Usahawan Perkasa Jalur Lebar (BEE) 2014-10 kepada 10 penerima.

Pemenang ANT ialah Norhailmi Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Cikgu Hailmi; pengasas EPIC Homes John-Son Oei; pengasas Yayasan Bantuan Makanan Rick Chee; pencipta Inisiatif Zhariff Muhammad Zhariff Affandi; dan pengasas Youth Today Jazz Tan Yee Mei.

Anugerah itu menghargai individu atau kumpulan yang berjaya dan cemerlang dalam mencipta impak besar dan membuat sumbangan hebat kepada komuniti sasaran dengan menggunakan penghubungan jalur lebar bagi menguruskan operasi dan aktiviti masing-masing.

Sementara itu, lima usahawan dipilih menerima Anugerah BEE iaitu pengasas bersama aplikasi reka bentuk infografik ‘Piktochart’ Goh Ai Ling; pencipta portal e-buku E-Sentral.com Khairil Iszuddin Ismail; pereka cekak rambut Sereni & Shentel iaitu Sereni Linggi dan Shentel Lee; pengasas Hidy Apparel and Cipela Shoes Nurhidayah Hassan; jurugambar alam sekitar dan blogger Ba’kelalan Edwin Meru.

Anugerah BEE diperkenalkan untuk menghargai usahawan Malaysia yang berjaya membangunkan perniagaan menggunakan kuasa penghubung jalur lebar.

Kedua-dua anugerah itu diperkenalkan oleh MCMC.

Ahmad Shabery turut menyampaikan hadiah kepada lima pemenang pertandingan ‘Projek Jalinan’ anjuran Persatuan Kreativiti, Inovasi Reka Bentuk Malaysia (Macri) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDEC) dan Yayasan 1Malaysia.

John Dan Adrian mendahului senarai dengan memenangi kategori Jalinan Paling Berinspirasi yang menawarkan hadiah RM5,000.

KL Converge 2014 dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersama-sama MCMC dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori