Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Mona Sedia Bertemu Empat...

PRAMUGARI yang didakwa menjadi orang ketiga dalam hubungan Shahir Zawawi dan Erra Fazira berkata...

Najib Tiba Di London...

LONDON – Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Ahad untuk lawatan...

RM80 Juta Wujudkan Pusat...

KOTA KINABALU - Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan segera RM80 juta bagi mewujudkan Pusat...

Juruterbang Saudi Bom Yaman...

RIYADH — Terlalu gembira dengan kekalahan militan Houthi di Yaman, seorang putera kaya Arab...

Kolam Renang Paling Dalam, Setinggi 9 Bas 2 Tingkat

Itali – Jika anda berjaya sampai ke dasar kolam ini, anda memang seorang perenang yang berbakat. Apa tidaknya, berenang dalam kolam ini memang mencabar kerana ia merupakan kolam renang paling dalam di dunia.

Kolam renang yang terletak di Hotel Terme Millepini di Montegrotto Terme, Itali ini mempunyai kedalaman setinggi 40 meter atau menyamai bangunan setinggi 12 tingkat atau sembilan biji bas dua tingkat.

Sejak beroperasi pada bulan Jun lalu, kolam renang ini juga membolehkan perenang merasai suhu antara 32-34°C.

Terdapat beberapa platform dalam kolam ini yang terletak pada paras ketinggian 1.3 meter hingga 12 meter dan semakin ke dalam, ia semakin sempit.


Pengguna dibenarkan menggunakan kemudahan yang ada termasuk scuba diving dan menyelam secara percuma.

Ia juga mempunyai terowong di dasar kolam yang membolehkan orang ramai melaluinya tanpa perlu basah.

Kolam ini dibuka sepanjang tahun malah ia turut menarik perhatian perenang dan penyelam di Itali termasuk Umberto Pelizzari, Enzo Maiorca dan Ilaria Molinari.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori