Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pendekatan Laksana Hukum Syariah...

SHAH ALAM – Pendekatan menunjukkan Islam bukan agama yang keras adalah baik dari...

Rakyat Kedah Gembira Sultan...

ALOR SETAR – Rakyat jelata di negeri ini menzahirkan perasaan gembira setelah Sultan...

BNM Sudah Kemuka Cadangan...

KUALA LUMPUR - Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengemukakan cadangan mengenai...

Apple AirPods Atau Samsung...

PENGELUAR telefon pintar Apple melancarkan fon telinga tanpa wayar, AirPods sekitar dua tahun...

Konsert Ditaja Syarikat Judi Punca Media Melayu Tak Dijemput?

BENAR kata orang, sarang tebuan jangan dijolok, nanti buruk padahnya.

Mungkin itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan situasi penyanyi Shila Amzah yang terlalu lantang mengkritik media berbahasa Melayu gara-gara kurangnya liputan mengenai konsertnya, baru-baru ini.

Dek kerana itu, satu-persatu hal yang melibatkan konsert tersebut mula didedahkan termasuklah ketiadaan jemputan untuk media Melayu.

Terbaru, menerusi tulisan di sebuah akhbar tempatan, wartawannya memberitahu yang mereka antara dua media Melayu yang dapat hadir ke konsert berkenaan selepas meminta kebenaran daripada pihak penganjur, Mega Ultimate Sdn. Bhd.

Menariknya, ia turut menyebut, media Melayu sebenarnya tidak dijemput kerana difahamkan konsert tersebut mendapat tajaan daripada syarikat judi nombor satu negara.

Secara tidak langsung, penapisan jemputan media perlu dilakukan bagi menjaga sensitiviti masyarakat.

Jika benar apa yang dikata, Shila mungkin perlu muhasabah diri dengan apa yang telah dilakukannya.

Jangan sewenang-wenangnya ‘cari gaduh’ dengan media Melayu hanya semata-mata nama anda sudah mekar di negara China.


Tak perlu juga menuduh media tempatan hanya gemar memaparkan kontroversi kerana setiap apa yang berlaku berpunca daripada kesilapan anda sendiri!

 

P/S: Teringat video Ombak Rindu nyanyian Shila…

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori