Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

RUU Kawalan Produk Merokok...

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan...

Dihentam Ketiak Hitam, Coco...

JIKA dahulu remaja perempuan ini cukup 'popular' selepas videonya bercakap dengan accent mat...

Lesen Perkhidmatan Udara Rayani...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) hari ini membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara...

Hodak Minat Jadi Jurulatih...

SELEPAS nama Mario Gomez digugurkan, bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan,...

KTMB Pecat Dua Pemimpin Kesatuan Pekerjanya

Pengendali rangkaian pengangkutan keretapi di Malaysia, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah bertindak memecat dua pemimpin kesatuan pekerja syarikat itu selepas didapati terlibat dalam satu piket 9 Mei lepas.

Perkara itu disahkan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM) hari ini.

Mereka yang dipecat ialah Presiden RUM Abdul Razah Md Hassan dan Timbalannya R Subramaniam. Pihak kesatuan menganggap pemecatan itu sebagai satu perbuatan mencabul keadilan.

Dipetik portal The Malaysian Insider (TMI) Razak berkata mereka berdua menerima surat pemecatan dari pihak KTMB Jumaat lepas.

“Kami dimaklumkan bahawa khidmat kami tidak lagi diperlukan dan pemecatan berkuatkuasa serta merta.

“Selain kami, ada 12 lagi ahli RUM sedang menunggu keputusan siasatan dalaman KTM selesai dan tindakan akan diberikan selepas selesai prosiding disiplin.

“110 orang ahli RUM pula sudah diberikan surat tunjuk sebab oleh KTMB yang untuk mengenalpasti siapa yang terlibat dalam piket berkenaan,” kata Razak.


Pada kejadian 9 Mei itu, 700 orang pekerja KTMB berhimpun di hadapan ibu pejabat syarikat itu bagi menuntut Presiden KTMB Datuk Elias Kadir ditamatkan perkhidmatannya.

Ia dianjurkan oleh RUM, iaitu antara kesatuan pekerja yang pertama diwujudkan di Malaysia.

Menurut RUM, Elias mencatatkan sejarah terburuk kepimpinan KTMB dan menyebabkan prestasi syarikat itu semakin merosot.

Pada piket itu, mereka juga meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya turut campurtangan dalam isu itu. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori