Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

CEO Syarikat Telekomunikasi Direman...

Johor Bahru : Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat rangkaian telekomunikasi direman...

Diesel Naik 5 Sen,...

KUALA LUMPUR - Harga diesel naik 5 sen, kepada RM2.20 seliter, manakala petrol...

6,623 Kes Baru Covid-19,...

Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 6,623 kes baru Covid-19 semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes...

Penjawat Awam Antara 3...

KUALA LUMPUR - Seorang penjawat awam antara tiga individu yang ditahan polis bahagian...

Seorang Lagi Rakyat Malaysia Maut Di Syria

KULIM – Ibu kepada Mohammad Fadlan Shahidi Mohammad Khir yang terkorban akibat serangan jet pejuang tentera di Syria yakin anaknya itu benar-benar serius dan ikhlas dalam perjuangannya.

Kerana itu, kata Fatimah Md Lazim, 55, beliau redha dengan apa yang berlaku terhadap anaknya itu.

“Kami tidak sangka sama sekali tragedi itu boleh menimpa dirinya tetapi kami yakin dan percaya dia ada keikhlasan untuk sama-sama berjuang bila berada di negara itu (Syria),” katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Kabu Mahang di sini, Rabu.

Fatimah, 55, berkata anaknya bertolak ke negara itu pada 14 Mei lalu.

“Dia ketika itu sekadar berhubung melalui telefon dengan berkata akan pergi ke Syria dan dia tidak memberi penjelasan lanjut,” katanya.

Fatimah berkata dia tidak dapat menahan kehendak anaknya itu memandangkan usianya telah mencecah 21 tahun.

“Dia ada ilmu agama setelah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bukit Jelutong dan selepas itu menyambung pula di sebuah pondok di Kampung Ulu Bakai di sini,” katanya.


Mohammad Fadlan Shahidi adalah anak kelima daripada lapan adik-beradik, empat lelaki dan empat perempuan.

Akhbar tempatan melaporkan turut cedera dalam pertempuran itu adalah lima lagi rakyat Malaysia iaitu Mohd Lofti Ariffin yang dikatakan parah dan masih tidak sedarkan diri.

Empat yang lain ialah seorang yang dikenali sebagai Abu Afghan dan tiga yang lain belum dikenal pasti.

Menurut akhbar itu, Mohammad Fadlan yang juga dikenali sebagai Abu Muhajir dan berasal dari Kulim, meninggal dunia ketika berada di kawasan kawalan mereka di Hama, Syria.

“Kawasan tersebut telah diserang oleh jet pejuang tentera Bashar Al-Assad dan kejadian terbaharu ini menjadikan Mohammad Fadlan sebagai rakyat Malaysia keempat terbunuh di Syria setakat ini,” menurut sumber yang dipetik akhbar itu. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori