Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Fahaman Ekstremisme Punca Dunia...

KUALA LUMPUR - Kewujudan fahaman ekstremisme, taksub dan keterlaluan dari Barat sehingga ke...

Musang King Bakal Tembusi...

RAUB - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasar durian Musang King segar...

Zombie La La La:...

ERMA Fatima boleh dikatakan seorang pengarah yang berani menampilkan wajah-wajah baharu bagi membintangi...

Diana Danielle Disahkan Hamil...

SEKALUNG tahniah diucapkan buat pelakon berwajah Pan-Asia, Diana Danielle yang kini disahkan hamil...

Lan (Kristal) Tuntut ‘Vokalis Penipu’ Kembalikan Wang

PETALING JAYA – Vokalis kumpulan Kristal, Lan, kerugian ribuan ringgit selepas ditipu bekas vokalis kumpulan muzik yang juga pengurus acara apabila individu itu tidak menjelaskan bayaran wang undangan persembahan bagi acara Karaoke Merdeka Contest di Plaza Pelangi, Johor, 24 Ogos lalu.

Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yosof berkata, sepatutnya bayaran tersebut perlu dijelaskan sejurus selesai persembahan namun sehingga kini pelbagai alasan yang diberikan oleh pemuda berkenaan.

“Dua bulan sebelum undangan persembahan itu, saya sudah mengesahkan kehadiran saya dan ketika itu dia sudah perlu menjelaskan wang deposit saya.

“Setiap minggu, isteri saya, Sheila, meminta wang tersebut, tetapi ada saja alasannya. Dan kemudian dia kata, ‘kita kan kawan-kawan artis, takkan aku nak menipu pula’. Atas dasar kepercayaan itu, maka saya tidak kisah dengan harapan, semua wang saya akan diberikan selepas persembahan dilakukan.

“Lain pula jadinya, selepas selesai persembahan, pelbagai alasan dia beri sehingga ada antara alasannya tidak masuk akal. Duit saya tidak pula dibayar,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.

Pada Sabtu lalu, Lan menerusi Instagram miliknya telah memuatnaik beberapa foto lelaki berkenaan dengan kapsyen meluahkan rasa bengangnya kerana indivitdu itu tidak menjelaskan bayaran undangan persembahan.

Lan turut mendedahkan nama penuh dan tempat tinggal individu itu yang merupakan seorang vokalis kumpulan muzik yang pernah popular pada tahun 2000.


Dalam pada itu, Lan berkata, selepas pelbagai alasan yang diberi, isterinya telah menghubungi penganjur acara tersebut dan dia terkejut apabila diberitahu wang tersebut sudah lama dijelaskan, malah sebelum Lan memulakan persembahan itu lagi.

Sementara itu, Lan berkata, sekiranya masalah itu belum selesai, dia akan mengambil tindakan seterusnya dengan membuat laporan polis.

“Bermula daripada dua minggu sebelum persembahan sehinggalah sekarang, macam-macam alasan dia beri.

“Katanya akaun bank bermasalah dan selepas itu duit tersebut pula telah digunakan bagi melangsaikan hutang kereta yang tertunggak selama enam bulan. Kemudian ada masalah adik beradik pula.

“Sehingga kini saya beri peluang kepadanya, ada saja alasan tambahan yang direkanya. Jika ia berlarutan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis,” tegasnya.

Bagaimanapun, Lan menganggap, perkara yang berlaku itu juga mungkin adalah kesilapan dirinya sendiri kerana mudah mempercayai orang dan dia akan lebih berhati-hati selepas ini. – MSTAR ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori