Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Jamaica Mahu Reagge Diiktiraf...

JAMAICA melobi untuk mendapatkan pengiktirafan muzik reggae sebagai harta budaya yang dilindungi, agensi...

3 Projek Agropolitan Akan...

LIPIS - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan membuka tiga lagi projek...

Ehem! Emma Dan Alvin...

PATAH tumbuh hilang berganti…. Selepas percintaan dengan aktor Kamal Adli terputus tahun lalu,...

Parlimen Kecoh, Pembangkang Guna...

PRISTINA - Wakil rakyat pembangkang Kosovo melepaskan gas pemedih mata pada persidangan Parlimen...

Larian Antarabangsa CAPAM 2014 Tawar Wang Tunai RM50,000

PUTRAJAYA – Malaysia, selaku tuan rumah Persidangan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan 2014 (CAPAM), akan menganjurkan Larian Antarabangsa CAPAM di Dataran Putrajaya di sini pada 19 Okt ini.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata larian julung kali itu menawarkan hadiah wang tunai RM50,000 serta diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-20 CAPAM.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau berkata sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu larian ria lima kilometer, tujuh kilometer bagi pelajar sekolah menengah, 10km terbuka dan 12km.

Orang ramai boleh menyertai larian tersebut dengan mendaftar melalui laman web www.hooha.asia.

CAPAM 2014 dengan tema ‘Transformasi Perkhidmatan Awam Satu Bicara Baharu’, akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini mulai 19 hingga 21 Okt ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori