Sesiapa yang ingin bekerja dalam bidang khidmat pelanggan, ciri utama paling diperlukan adalah kesabaran yang tinggi.
Hal ini kerana anda akan berdepan dengan bermacam-macam ragam manusia yang susah diterima oleh mereka yang panas baran.
Kalau dulu orang tak berani nak buat hal apatah lagi berlawak dengan kakitangan di kaunter tapi di zaman media sosial ini ramai manusia berani kerana tak perlu berdepan.
Tak hairanlah banyak cubaan melawak atau troll dikenakan terhadap kakitangan khidmat pelanggan syarikat ternama mahu pun organisasi seperti bank.
Terbaru, print screen memaparkan kakitangan Pos Malaysia kena troll melalui Twitter tersebar di internet.
Rata-rata yang membaca twit antara pelanggan menggunakan nama Emal dengan Pos Malaysia ini pasti tertawa dan salut dengan kesabaran kakitangan yang mengendalikan tweet handle Pos Malaysia.
Lagi pula kebanyakan kita tentu menyangka Pos Malaysia biasanya akan memberi respon yang ‘skema’ tapi kali ini troll daripada pelanggan berjaya dijawab dengan bijak dan kena setepek kat batang hidungnya semula.
Padan muka kan, siapa suruh melawak tak kira tempat kan? Kih kih. – MYNEWSHUB
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC