Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Helikopter Pantau Aliran Jemaah...

PANTAU... Pihak berkuasa bagi keselamatan dan kawalan kesesakan jemaah haji pada musim ibadah...

Pegawai Penyiasat Tidak Usik...

PUTRAJAYA - Hanya beg plastik mengandungi 12 bekas sampel yang diambil daripada Mohd...

Pemerdagangan Manusia: Tiga Negara...

PUTRAJAYA - Menteri Luar dari Malaysia, Indonesia dan Thailand mengadakan perbincangan mengenai pergerakan...

KPDNKK Rampas Kopi Radix...

KANGAR - Unit Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis...

Lelaki Direman Bantu Siasatan Hina Institusi Diraja, Polis Di Blog

JOHOR BAHRU – Polis hari ini mendapat kebenaran mahkamah untuk menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang didakwa menghina institusi diraja dan polis menerusi sebuah laman blog.

Majistret Salina Omar mengeluarkan perintah reman selama tiga hari bermula hari ini terhadap lelaki berusia 29 tahun itu untuk disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948.

Peguam lelaki berkenaan, New Sin Yew ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata lelaki tersebut yang ditahan semalam, di Shah Alam, Selangor diperlukan polis untuk siasatan lanjut berhubung beberapa kenyataan yang dibuat menerusi blog berkenaan.

Katanya, lelaki itu ditahan selepas polis bertindak atas laporan yang dibuat orang awam pada 11 Jun 2013 mengenai blog berkenaan.


“Polis memberi alasan perintah reman itu adalah bagi memberi masa untuk polis merakamkan keterangan, menguruskan barang kes serta mengesan rakan sekutu yang terbabit,” katanya.

Terdahulu, lelaki yang memakai baju T berwarna putih itu tiba di perkarangan mahkamah di sini, kira-kira jam 2.30 petang dengan diiringi anggota polis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori