Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

“Kenapa Tergesa Roboh Bangunan...

GEORGE TOWN - Gerakan Pulau Pinang hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan negeri pimpinan...

Warga Emas Rentung Rumah...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga emas berusia 80-anrentung dalam kebakaran melibatkan dua...

Lelaki Rampas Pesawat Di...

DHAKA - Anggota komando Bangladesh pada Ahad menyerbu sebuah pesawat penumpang milik Biman...

Covid-19 Ancam Rantau Eropah

BRUSSELS - Kes jangkitan koronavirus (Covid-19) kini merebak di rantau Eropah selepas hampir...

Lelaki Gatal Mengganas Lagi, Ajak Wanita Berniqab Berzina

Laman blog dan portal sebelum ini sudah beberapa kali membuat cerita mengenai kisah seorang lelaki yang menyamar menjadi seorang jurugambar dan cuba menjerat wanita untuk dirakamkan gambar mengaibkan mereka.

Difahamkan beberapa mangsa penipuan lelaki itu sudah pun membuat laporan polis supaya pelaku dan individu bertanggungjawab berjaya diberkas dan dihadapkan ke muka pengadilan.

[BACAJurugambar Kantoi Pujuk Model Muslimah Buat Aksi Terlampau]

Bagaimanapun, didapati lelaki hidung belang itu masih lagi bebas cuba menjerat wanita bertudung untuk diadakan sesi bergambar dengan niat yang terpesong untuk mendapatkan gambar memalukan wanita berkenaan.

Lelaki itu masih tetap menggunakan aplikasi sama dengan nama pengenalan yang sama biarpun penipuannya sudah pun didedahkan ramai wanita tetapi dia masih tidak insaf malahan semakin berani.

AjakZina_1 AjakZina_2 AjakZina_3 AjakZina_4 AjakZina_5 AjakZina_6 AjakZina_7 AjakZina_8 AjakZina_9 AjakZina_10 AjakZina_11

Jika sebelum ini, lelaki itu hanya meminta kebenaran untuk wanita mangsanya bergambar dan kemudian menghantar gambar berkenaan melalui telefon pintar dengan aksi yang mengghairahkan.


Bagaimanapun, lelaki itu dilihat sudah semakin melampau dengan mahu mengajak wanita bertudung dan memakai niqab iaitu penutup muka untuk berzina.

Modus operandinya tetap sama dengan mengumpan wanita berkenaan untuk menjadi model dan meminta mangsa mengisi borang.

Apabila mangsa enggan melayani permintaannya, lelaki itu mula menggunakan perkataan lucah dan mengajak wanita itu untuk melakukan perbuatan terkutuk.

Ada kemungkinan lelaki itu menggunakan akaun palsu dengan menggunakan gambar orang lain dalam menjalankan aktiviti jahatnya. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori