Alex Chacon ialah seorang penunggang motosikal tegar di mana dia telah menunggang lebih dari 200 ribu kilometer merentasi sempadan seluruh dunia sehingga ke tempat yang terpencil dan tidak diketahui ramai.
Apa yang menarik ialah dia telah merakamkan video klip yang ‘rare’ dan telah digabungkan menjadi satu video selfie terhebat.
Video selfie yang menarik ini merupakan hasil gabungan masa yang lebih dari 600 hari dari pelbagai tempat yang dijelajahinya dengan menggunakan kamera GoPro dan monopod. Saksikan…
Oleh: hzqahmd