ARAU – Seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas PERODUA Kancil dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam terusan berhampiran kilometer 20 Jalan Changlun-Kuala Perlis, di sini, awal pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi menyebabkan mangsa, 29, yang berasal dari Taman Sentosa di Kuala Perlis maut di tempat kejadian.
Difahamkan mayat mangsa ditemui pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Arau kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian selepas dipercayai dihanyutkan arus terusan dengan kedalaman kira-kira dua meter itu.
Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat. – BH Online